NAIB JOHAN PERTANDINGAN PENULISAN PENGIKLANAN (KONSISMA 2021)

    Konvensyen Keusahawanan (IPMa) 2021 yang diadakan secara maya telah berlangsung pada 12 Mac hingga 14 Mac 2021. Pada tahun ini, Kolej MARA Kulim menjadi tuan rumah KONSISMA 2021. Majlis perasmian penutup KONSISMA 2021 pula diadakan pada 18 Mac 2021 di pautan youtube https://www.youtube.com/watch?v=Yudtrw0Z6Og. Sebanyak 12 kontinjen dari beberapa Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang menyertai konvensyen ini.
    Kolej MARA Banting telah menghantar 11 peserta dalam menyertai 4 daripada 5 pertandingan iaitu pertandingan pembentangan perniagaan, penulisan pengiklanan, poster pengiklanan dan bicara usahawan.

    Peserta KMB telah melakukan yang terbaik dalam setiap acara yang dipertandingkan. Kolej MARA Banting telah menduduki tempat ke-2 (naib johan) dalam pertandingan penulisan pengiklanan (copywriting).
    KONSISMA VIRTUAL 2021 yang diadakan secara maya telah memberi manfaat dan pengalaman berharga kepada para peserta. Ia dapat memberi pendedahan serta menyuntik dan memupuk budaya keusahawanan dalam diri masing-masing. Semoga dengan adanya program ini, ia dapat mencungkil bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh para peserta agar mereka dapat memenuhi keperluan MARA dalam membangunkan usahawan yang kreatif dan inovatif.

    Contact Us

    KOLEJ MARA BANTING

    JALAN LABUHAN DAGANG,

    BUKIT CHANGGANG,

    42700 BANTING, SELANGOR

    COORDINATE : 2.820223,101.623943

    TEL    : 03-31491304 || 1318

    FAKS : 03-31491061

    EMEL : WEBMASTER.KMBANTING@MARA.GOV.MY

    Web Statistics

    410910
    Today
    Yesterday
    This Week
    Last Week
    This Month
    Last Month
    All days
    21
    131
    918
    409175
    2285
    1427
    410910

    Your IP: 54.210.223.150
    2022-01-23

     


    DISCLAIMER

     

    © 2017 Kolej MARA Banting. All Rights Reserved.