1ST COLLOQUIUM

    17 Ogos 2021 (Selasa) : Dua orang pensyarah Kolej MARA Banting iaitu Puan Norlila binti Ahmad @ Charom dan Puan Nurulasyiqin binti Ikhwan Nasir telah membentangkan perkongsian ilmu mereka di Kolej MARA Seremban 1st Colloquium. Kolokium tersebut yang julung kalinya dianjurkan oleh Kolej MARA Seremban dijalankan secara atas talian melalui platform Youtube dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Seramai 19 orang pensyarah dari Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA telah membentangkan perkongsian ilmu masing-masing berkaitan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.


    Puan Norlila telah membentang tajuk “The IRP Journey: Lesson Learned”. Ianya merupakan perkongisan pengalaman beliau sebagai Ketua Penyelaras Intensive Revision Program (IRP). yang mencadangkan empat elemen utama yang perlu ada pada kumpulan belajar yang berjaya. Elemen-elemen tersebut ialah ubah pemikiran, kenal pasti domain, sentiasa buat penambahbaikan dan fokus kepada usaha. Kumpulan belajar yang mempunyai elemen-elemen ini akan dapat menghasilkan perbincagan pembelajaran yang positif dan seterusnya keputusan peperiksaan yang cemerlang. Puan Nurulasyiqin pula telah membentang tajuk “Theory of Knowledge on The Virtual Exhibition Showcase”. Ianya merupakan inovasi Unit Theory Of Knowledge (TOK) yang membangunkan website bagi memudahkan pelajar mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti video, artikel dan tutorial yang disediakan oleh unit tersebut.

     

    Contact Us

    KOLEJ MARA BANTING

    JALAN LABUHAN DAGANG,

    BUKIT CHANGGANG,

    42700 BANTING, SELANGOR

    COORDINATE : 2.820223,101.623943

    TEL    : 03-31491304 || 1318

    FAKS : 03-31491061

    EMEL : WEBMASTER.KMBANTING@MARA.GOV.MY

    Web Statistics

    410850
    Today
    Yesterday
    This Week
    Last Week
    This Month
    Last Month
    All days
    92
    169
    858
    409175
    2225
    1427
    410850

    Your IP: 54.210.223.150
    2022-01-22

     


    DISCLAIMER

     

    © 2017 Kolej MARA Banting. All Rights Reserved.