AKTIVITI ANJURAN PERPUSTAKAAN KMB

    Pada 4 dan 5 Disember 2017 Perpustakaan Kolej MARA Banting telah mengadakan aktiviti tayangan, kuiz serta pertandingan mewarna dan melukis untuk anak-anak staf sebagai mengisi waktu lapang mereka di musim cuti sekolah.
    Aktiviti tayangan dan kuiz telah diadakan pada 4 Disember 2017 di bilik AVA 2 bermula pada 9.00 pagi dengan pendaftaran dan taklimat. Tayangan bermula pada 9.30 pagi diikuti dengan kuiz berkaitan tayangan yang diberi serentak semasa tayangan diadakan. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk 3 orang pemenang kuiz yang berjaya.


    Pertandingan melukis dan mewarna pula telah diadakan pada 5 Disember 2017 di aras atas perpustakaan. Aktiviti bermula pada 10.00 pagi dengan pendaftaran dan taklimat. Pertandingan telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu iaitu 4 hingga 6 tahun, 7 hingga 9 tahun dan 11 hingga 12 tahun. Pertandingan bermula pada 10.30 pagi dan berakhir sekitar 12.00 tengahari dengan acara penyampaian hadiah dan saguhati. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Tamam bin Jonit, Pengarah Kolej MARA Banting. Perpustakaan KMB berharap aktiviti-aktiviti ini dapat memberi manafaat kepada keluarga KMB dengan mengisi waktu anak-anak semasa musim cuti sekolah dan dapat membina minda dan kreativiti mereka.

     

    Contact Us

    KOLEJ MARA BANTING

    JALAN LABUHAN DAGANG,

    BUKIT CHANGGANG,

    42700 BANTING, SELANGOR

    COORDINATE : 2.820223,101.623943

    TEL    : 03-31491304 || 1318

    FAKS : 03-31491061

    EMEL : WEBMASTER.KMBANTING@MARA.GOV.MY

    Who's Online

    We have 9 guests and no members online

    Web Statistics

    079229
    Today
    Yesterday
    This Week
    Last Week
    This Month
    Last Month
    All days
    234
    650
    3427
    71782
    10661
    11061
    79229

    Your IP: 54.90.237.148
    2018-01-19

     


    DISCLAIMER

     

    © 2017 Kolej MARA Banting. All Rights Reserved.