Frequently Asked Questions (FAQ)
- IB adalah singkatan bagi International Baccalaureate yang merupakan program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ibo.org
- Program IB dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Pejabat yang menguruskan semua hal berkaitan dengan peperiksaan dan kurikulum IB iaitu IBCA, terletak di Cardiff, United Kingdom.
- IBO bertujuan merangsang sikap ingin tahu, mengembangkan pengetahuan dan memupuk sifat bertimbang rasa dalam membantu melahirkan dunia yang lebih aman dan bermakna melalui persefahaman antara budaya dan sifat saling hormat-menghormati.
- Tidak. Sehingga April 2009, terdapat 2605 IB World School yang menawarkan program IB di 134 negara.
- Tiga bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol. Bahasa penghantar yang digunakan di Kolej MARA Banting ialah Bahasa Inggeris.
- Ya. Contohnya aktiviti program IB yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah di negara-negara Asia Pasifik adalah di bawah penyeliaan 'Regional Office, International Baccalaureate Asia Pacific (IBAP)' yang beribu pejabat di Singapura.
- Kolej Mara Banting merupakan institusi terulung yang menawarkan program IB di Malaysia untuk pelajar-pelajar tempatan. Institusi lain yang juga menawarkan program IB ialah International School of Kuala Lumpur, Mont Kiara International School, International School Penang (Uplands), Sri KDU, Kolej MARA Seremban, MCKK, Nexus International School, IGB International School, Fairview International School dan Cempaka School.
Kurikulum IB boleh dipaparkan melalui bentuk bulatan yang mewakili 6 bidang akademik mengelilingi satu pusat. Pelajar didedahkan kepada 2 tradisi agung pembelajaran : sains dan kemanusiaan.
- Kumpulan 1 - 'Language A' (bahasa ibunda), termasuk Kajian Sastera Dunia yang terpilih. Subjek yang ditawarkan ialah Malay A1.
- Kumpulan 2 - 'Language B' (bahasa kedua), Subjek yang ditawarkan ialah English B, Arabic ab initio.
- Kumpulan 3 - Individu dalam Masyarakat, Subjek yang ditawarkan ialah Business & Management, Economics dan Information Technology in a Global Society (ITGS).
- Kumpulan 4 - Sains Amali, Subjek yang ditawarkan ialah Biologi, Kimia, Fizik.
- Kumpulan 5 - Matematik, Subjek yang ditawarkan ialah Matematik.
- Kumpulan 6 - Subjek yang ditawarkan ialah subjek-subjek daripada Kumpulan 3 atau Kumpulan 4.
Selain daripada subjek-subjek di atas, 3 komponen tambahan yang diwajibkan ialah :
- 'Extended Essay' daripada satu subjek yang ditawarkan dalam kurikulum IB
- 'Theory of Knowledge' (ToK).
- 'Creative, Action and Service (CAS).
- Para pelajar yang mengikuti dan memenuhi syarat program IB di Kolej Mara Banting akan menerima Diploma IB. Setiap pelajar dikehendaki mempelajari 6 subjek: satu subjek daripada tiap-tiap kumpulan 1-5 dan subjek keenam dipilih daripada kumpulan 3 atau 4 atau 6.
- Daripada 6 subjek di atas, pelajar mestilah mengambil 3 (tidak melebihi 4) daripada subjek tersebut pada peringkat 'higher level' dan 3 (tidak kurang dari 2) pada peringkat 'standard level'.
- Pengambilan subjek-subjek 'higher level' berhubung rapat dengan bidang pengajian yang bakal diikuti pada peringkat ijazah nanti.
- Berbanding dengan subjek 'standard level', subjek 'higher level' mempunyai lebih jumlah 'option' dan lebih pilihan soalan dalam kertas peperiksaan. Jumlah peruntukan masa bagi subjek 'higher level' juga lebih iaitu sebanyak 240 jam kuliah. Ini berbeza dengan masa perjumpaan minima bagi subjek 'standard level' iaitu sebanyak 150 jam sepanjang tempoh 2 tahun.
- Untuk menggalakkan pelajar mendalami budaya masing-masing. Pelajar seharusnya berbangga dengan warisan sastera bahasa ibunda dan pada masa yang sama menghormati budaya masyarakat antarabangsa. Pembelajaran Sastera Dunia ('World Literature') dapat memanfaatkan pelajar IB dari sudut perspektif global. Ia memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan 'world spirit' melalui keunikan peluang yang ditawarkan oleh bermacam kaedah apresiasi yang mana budaya mempengaruhi dan membentuk pengalaman hidup manusia sejagat.
- 'Extended Essay' merupakan komponen dalam kurikulum Program Diploma IB yang mewajibkan pelajar menulis esei sepanjang 4000 patah perkataan berdasarkan topik kajian yang dipilih. Ia bertujuan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menjalankan penyelidikan mengenai topik yang diminati. Melalui penghasilan 'Extended Essay', pelajar dapat membiasakan diri dengan penyelidikan kendiri dan penulisan akademik yang dipraktikkan di peringkat universiti. IBO mengesyorkan pelajar menumpukan 40 jam untuk tujuan penyelidikan dan penulisan esei.
- Pertama, memandangkan ia adalah komponen wajib, kegagalan menghantar 'Extended Essay' bermakna pelajar tidak layak memperolehi diploma.
- Kedua, melalui pengalaman, kami mendapati pihak universiti sentiasa cenderung terhadap penghasilan 'Extended Essay' dan bagi sesetengah kes, ini menjadi faktor utama dalam membantu pelajar memperolehi kemasukan ke bidang kursus yang mencabar seperti perubatan.
- Ketiga, maklumbalas daripada bekas pelajar menunjukkan pengalaman menghasilkan 'Extended Essay' semasa mengikuti program IB membantu dalam menghasilkan mini-tesis pada peringkat universiti memandangkan mereka telah pun mempunyai asas teras penyelidikan kendiri.
'Theory of Knowledge' (ToK) merupakan komponen utama dalam falsafah pendidikan IB. Oleh itu, ia diwajibkan ke atas semua pelajar. Penawaran subjek ToK adalah bertujuan untuk merangsang pemikiran kritikal pelajar di dalam atau di luar bilik kuliah.
Kepentingan 'Theory of Knowledge' adalah sebagai subjek teras IB yang menghubungkan semua subjek-subjek yang ditawarkan di dalam kurikulum IB. Oleh kerana setiap bidang ilmu mempunyai komposisi dan metologinya yang tersendiri, subjek ToK dapat membantu pelajar dalam meneliti konsep ilmu dan mengenalpasti nilai-nilai yang diterapkan dalam subjek yang berbeza
Penilaian 'Theory of Knowledge' adalah seperti berikut :
- 'Internal Assessment' - persembahan oral selama 10 minit.
- 'External Assessment' - penulisan esei sebanyak 1600 patah perkataan.
CAS adalah singkatan bagi 'Creative', 'Activity', dan 'Service'. Aktiviti CAS merangkumi aktiviti yang berorientasikan kreativiti pergerakan fizikal dan khidmat masyarakat.
Aktiviti CAS berfungsi sebagai pelengkap kepada pencapaian akademik pelajar. Ia menyediakan ruang untuk para pelajar belajar melalui pengalaman dan mengembangkan potensi serta kemahiran yang terdapat dalam diri mereka.
Melalui penglibatan pelajar di dalam pelbagai aktiviti CAS (dalam kampus, luar kampus dan semasa cuti semester), mereka akan memperolehi faedah-faedah berikut :
- mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
- menghormati / menghargai pelbagai nilai dan kepercayaan merentasi kaum, adat, budaya, agama, jantina dan politik.
- kesedaran diri yang tinggi terhadap isu-isu kemanusiaan, alam sekitar dan sebagainya dari perspektif masyarakat setempat, negara dan antarabangsa.
- berkebolehan untuk berinteraksi secara berkesan dan bermakna dengan orang lain.
- kesedaran diri yang tinggi tentang tanggungjawab terhadap masyarakat.
- berkebolehan untuk mengimbas kembali dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman yang diperolehi.
- semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru dengan penuh komited, berinisiatif dan penuh keyakinan.
- berkebolehan untuk menempuh pelbagai cabaran hidup dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan diri.
- memperolehi kepakaran atau kebolehan tertentu yang boleh dimaanfaatkan untuk membantu orang lain dan kerjaya pada masa hadapan.
Setiap subjek diberi gred 1 hingga 7 :
7- EXCELLENT (CEMERLANG)
6- VERY GOOD (SANGAT BAIK)
5- GOOD (BAIK)
4- SATISFACTORY (MEMUASKAN)
3- MEDIOCRE (SEDERHANA)
2- POOR (LEMAH)
1- VERY POOR (GAGAL)
Jumlah mata maksimum untuk 6 subjek ialah 42.
- 45 (42 mata dari 6 subjek dan 3 mata matriks dari penilaian 'Extended Essay' dan 'Theory of Knowledge').
Secara ringkasnya pelajar mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 24 mata termasuk mata bonus, dan memenuhi syarat keperluan aktiviti CAS. Bagaimanapun, pelajar Kolej MARA Banting dikehendaki mencapai mata minimum yang ditentukan oleh pihak penaja masing-masing iaitu sekitar 35-38 mata.
Perlu diingatkan bahawa selain daripada mencapai tahap mata minima, pelajar dimestikan :
- mendapat 12 mata minima bagi subjek Higher Level dan 9 mata minima bagi subjek Standard Level.
- tidak memperolehi gred 1 dalam mana-mana subjek
- tidak memperolehi gred 2 atau kurang bagi 2 subjek
- tidak memperolehi gred 3 atau kurang bagi 3 subjek
- memenuhi syarat minima untuk Creativity Activity & Service (CAS)
- tidak mendapat gred E 'Extended Essay' dan ToK
Pelajar tidak akan dianugerahkan diploma sekiranya didapati memplagiat tugasan mereka, terutama 'Extended Essay', esei ToK dan penilaian dalaman yang lain.
- Pelajar lepasan SPM atau setaraf dengannya boleh memohon untuk mengikuti program IB sekiranya memperolehi kelayakan yang ditetapkan oleh penaja.
- Menanamkan dalam diri pelajar budaya mencari ilmu dengan menggalakkan mereka mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan melibatkan diri dalam perbincangan mengenai isu-isu tersebut. Usaha ini dapat membantu pelajar mengikuti serta menguasai subjek ToK.
- Memberi sokongan dan motivasi kepada pelajar agar memberi tumpuan dan kesungguhan dalam peperiksaan dan penilaian dalaman kerana kedua-duanya menyumbang kepada gred akhir peperiksaan IB.
- Memberi bimbingan dalam melakukan beberapa tugasan serentak, mendahulukan tugas mengikut keutamaan dan menguruskan masa memandangkan kesemuanya merupakan kemahiran yang amat perlu dalam kehidupan universiti dan alam pekerjaan kelak.
- Memastikan pelajar mematuhi tarikh penyerahan 'Extended Essay', esei ToK serta penilaian dalaman yang lain bagi mengelakkan sikap bertangguh-tangguh dan menghindarkan diri daripada tekanan.
- Menyumbangkan kemahiran tertentu secara sukarela kepada para pelajar dan guru seperti ceramah motivasi, bengkel kemahiran berkomunikasi, latihan kepimpinan, ceramah mengenai masalah kemurungan di kalangan remaja dan sebagainya.
- Menggalakkan pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kolej dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.